Saturday 23 August 2014

Tips Utk Tetamu..


InsyaAllah, dalam ruangan ini, saya akan kongsikan tempat2 makan menarik di sekitar Kuala Tganu untuk para pengunjung khususnya tetamu Homestay Faiq (HF).. Segala yg di kongsikan adalah nukilan berdasarkan pengalaman & pengamatan penulis sahaja.. segala percanggahan / kesilapan adalah tidak disengajakan..Semuanya terpulang kepada selera dan poket anda..

- Menjamu selera di Bandar KT

 Memang di akui harga makanan minuman di Bandar KT sedikit mahal berbanding bandar2 lain.. tapi insyaAllah anda di sajikan dengan bahan2 mentah yg segar dr "ladang".. mungkin sebab tu harga makanan sedikit mahal di sini.. pendapat saya sahaje..

Jika anda menggemari masakan sea food untuk dinner anda, blh mencuba di Restoran CHILADA. terletak bersebelahan SABASUN KT.. ataupun di PARADISE DELUXE di Jalan PASIR PANJANG.. Masakan dia memang best; tapi kat sini poket kena tebal sikit..Anda juga blh mencuba di ADEQSU Ikan Bakar corner yg terletak cuma 300m dr HF.. Tom Yam Pot Tet di sini memang special.. terangkat beb..hihi.. bajet pun sedang2 je..

Jika nak makan santai2 sambil merasa dihembus angin malam Laut Cina Selatan, boleh mencuba di Medan Selera Batu Buruk atau ke Restoran Tenang di susur Pantai Batu Buruk.. Di KT WATERFRONT pun suasananya amat nyaman.. Angin muara Sungai Terengganu sambil memandang kecantikan Masjid KRISTAL pasti akan meninggalkan memori indah untuk anda sekeluarga..

Untuk makan Tengahari, penggemar Nasi Kukus blh mencuba di Warung E-Nasi KUKUS yg di lokasi 200 m dari HF menghadap Trafic Light pertama dr HF.. pelbagai pilihan lauk di sediakan.. harga pun menjimatkan..
Kalau nak cuba Nasi Beriani..saya mengesorkan 2 pilihan Restoran iaitu RESTORAN SELAMAT terletak diJalan Tok Lam menuju ke Dataran Syahbandar.. Kalau kat sini, biasanya dlm jam 2.30 nasi berianinya sudah habis..hehe so kena cepat le.. kalau kat sini habis, blh juga mencuba di RESTORAN MAIDAH..ok jugak rasanya.. jarak pun dekat je dr HF..terletak di JLN KAMARUDDIN.. berhadapan Showroom Suzuki..

Untuk bersarapan pagi.. kalau nak mencuba NASI DAGANG, blh singgah di Restoran Hijau di depan HOTEL GRAND CONTINENTAL.. tak payah pegi jauh2 sampai ke Chendering.. Rasanya pun best jugak.. menu2 lain pun byk kat sini.. Nasi Lemak kat Warung PEJABAT KIMIA di JLN CHERONG LANJUT pun best jugak.. tak rugi mencuba kat sini.. atau pun kalau malas nak keluar HF awal2 pagi, Bakar aje roti Gardenia kat rumah.. toaster kan sudah di sediakan..hehe
Ok.. lapar plk saya bila update status ni... ok, bye.. nk pi makan dulu..


(Medan Selera Batu Buruk)
(Nasi Beriani Restoran Selamat)