Berikut adalah pengalaman saya berurusan dgn JPJ selepas membuat pembelian kereta 2nd-hand secara terus dengan owner asal.
Urusan Pihak Penjual.
1) Pemeriksaan Kenderaan Di PUSPAKOM
- penjual akan membuat temujanji dgn Puspakom, isi borang B5 & seterusnya membuat Pemeriksaan. Surat keputtusan PUSPAKOM akan dikeluarkan dan Valid utk tempoh 30 hari. Sebaiknya serahkan Borang B5 & Geran Original kepada pembeli utk tindakan seterusnya.
2) Penjual isi borang pindah milik di JPJ. Cuma masukkan maklumat penjual, No Kenderaan & Maklumat pembeli.
3) Ambil No Giliran & buat serahan borang di Kaunter. JPJ akan meminta myKad & thumprint pembeli.. Ok.. Dah selesai utk bahagian penjual. Cuma maklumkan kepada pembeli utk tindakan pihak pembeli seterusnya..
Urusan Pihak Pembeli
4) pergi ke JPJ. Bawa bersama borang PUSPAKOM & Geran VOC & Duit RM100
5) Isi borang Pindahmilik. Semasa anda dipanggil di Kaunter, serahkan dokumen2 di atas.
6) JPJ akan meminta anda utk membuat thumprint & bayaran RM100.
7) JPJ akan mencetak Geran VOC baru atas nama Pembeli & Selesai.....
8) Untuk cukai jalan (roadtax) & insurans kenderaan, boleh melakukan transaksi terus @ buat kemudian..
Senang kan..Buat sendiri x payah pakai ejen pun. Ini adalah pengalaman saya sendiri.. Penjual berurusan di JPJ KL & saya pembeli berurusan di JPJ Kelantan.. 😄😄
Selamat mencuba & jazakallah...👍
#untuk tempahan Homestay Faiq, di pusat bdr K.Tganu, boleh wasap saya 019-9567478. Nak pegi ke Pasar Payang cuma 5 minit je..#
No comments:
Post a Comment