Monday 22 September 2014

Faiqs di Taman Tamadun Islam..

Tanggal 21 November 2014, bertolak kami 5 sekeluarga ditemani Mak Saudara Faiq (Cik Na) menuju ke Taman Tamadun Islam (TTI)..TTI ni sebenarnya sangat berhampiran dengan Masjid Kristal dan Muzium Negeri Terengganu di kg Losong.. disinilah terdapat monumen2 masjid yg popular di seluruh dunia, dilengkapi pawagam mini utk se isi keluarga yg menayangkan sejarah2 ketamadunan islam.. dan disinilah hati kecil kita semua akan kagum melihat keindahan senibina islam seterusnya rasa bersyukur melihat perkembangan syiar islam itu sendiri.. Tetapi kali ini tujuan utama kami ke sana utk ke Pusat Konvension.. Majlis utk abg Faiq akn berlangsung.. Majlis yg cukup bermakna utk kami semua sebagai ibu bapa dan pemegang amanah Allah untuk Faiq.. Alhamdulillah, hari ini Abg Faiq yg berusia 4 1/2 tahun akn khatam Muqaddam 23 Surah.. Terima Kasih Taska YPKT PERMATA utk majlis ini dan guru2 (sebenarnya mama-mama FAIQS buat kami) yg sentiasa sabar & berusaha mencurahkan ilmu mendidik anak2 kami..Jasa2 kalian inshaAllah akan pasti diberkati Allah..
Alhamdulillah.. majlis tersebut tamat pada jam 1 tghari lebih kurang..Semoga Abg Faiq akan mendapat manfaat dari majlis ini dan akan lebih cepat khatam Al-Quran sepenuhnya.. inshaAllah tanggungjawab kami mendidik Faiqs akan kami galas sebaiknya.. Dengan sedikit masa yg terluang, sempatlah 3 Faiqs bergambar kenangan di kawasan Pusat Konvension..sememangnya kawasan ini diuruskan dengan baik oleh pihak berwajib yg pasti menyajikan panorama yg menarik utk lensa kamera anda.. izinkan saya berkongsi sedikit foto2 faiq sebagai kenangan kami sekeluarga.. Maaf kerana dengan limitasi masa dan cuaca yg sedikit panas pada hari itu, foto kami cuma di kawasan dewan konvension sahaja..lagipun, baby faiq bongsu yg baru berusia 5 bulan yg masih selsema turut bersama kami.. baby healthy & safety first..hihi InshaAllah jika berkelapangan, lain kali Faiqs' Family akan ke sini lagi.. cuma lbh kurang 10km (10-20minit drive) shj dari HOMESTAY FAIQ..dah lama kami tidak menjenguk monumen2 islam yg cukup bermakna tu dan bersujud di dalam Masjid Kristal..